Memulakan pengaturcaraan dalam JavaScript

Memulakan pengaturcaraan dalam JavaScript agak mudah kerana boleh dikatakan semua pelayar web (browser) utama seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer atau Apple Safari mempunyai sokongan JavaScript. Jadi jika anda mempunyai pelayar web di atas, anda boleh mula menulis kod JavaScript serta-merta.

JavaScript hari ini bagaimanapun tidak lagi terhad untuk dijalankan pada browser sahaja. Ia juga turut digunakan pada server-side melalui teknologi seperti NodeJS dan sebagainya.
 

Contohnya jika anda menggunakan Google Chrome, tekan kekunci shortcut Ctrl+Shift+J atau klik pada menu utama, dan seterusnya More Tools ==> JavaScript Console. Anda akan mendapat paparan seperti di bawah:-

</img>

Pada bahagian Console, anda boleh cuba taip kod berikut:-

alert('hello world');

Dan anda akan mendapat pop-up seperti dalam gambar di atas. Anda telah menulis kod JavaScript yang pertama !

Bagaimanapun sudah pasti menulis kod dengan cara ini hanya sesuai untuk menguji beberapa baris kod pendek sahaja. Untuk tutorial permulaan yang lebih lengkap, boleh rujuk kepada tulisan berikut:-

Written on March 30, 2015